Mimpi ngeri
Mimpi ngeri

Mimpi ngeri

Mimpi ngeri, (Jawi: ميمڤي ڠري) juga disebut sebagai mimpi buruk (ميمڤي بوروق),[1] alah mimpi yang tidak menyenangkan yang dapat menyebabkan tindak balas emosi yang kuat daripada minda, biasanya perasaan takut tetapi juga putus asa, kegelisahan dan kesedihan yang besar. Walau bagaimanapun, tatanama psikologi membezakan antara mimpi ngeri dan mimpi buruk, khususnya, orang tetap tertidur semasa mimpi buruk sedangkan mimpi ngeri menyedarkan individu tersebut. Selanjutnya, proses homeostasis psikologi menggunakan mimpi buruk untuk melindungi angin seseorang daripada kesan peningkatan tahap kegelisahan. Semasa tidur, mimpi ngeri menunjukkan kegagalan sistem homeostatik yang menggunakan mimpi buruk untuk memadamkan kegelisahan yang terkumpul sepanjang hari.[2] Mimpi itu mungkin mengandungi situasi ketidakselesaan, keganasan psikologi atau fizikal serta panik. Selepas mengalami sebuah mimpi ngeri, seseorang akan sering terbangun dalam keadaan tertekan dan mungkin tidak dapat kembali tidur dalam jangka waktu yang singkat.[3]Mimpi ngeri boleh disebabkan oleh faktor fizikal seperti tidur dalam keadaan tidak selesa atau mengalami demam, atau penyebab psikologi seperti tekanan atau kegelisahan. Makan sebelum tidur, yang mencetuskan peningkatan metabolisme tubuh dan aktiviti otak, merupakan rangsangan yang berpotensi untuk mimpi ngeri.[4]Mimpi buruk yang berulang mungkin memerlukan bantuan perubatan kerana ia boleh mengganggu pola tidur dan menyebabkan insomnia (kesusahan tidur).

Mimpi ngeri

Faktor risiko Gangguan pola tidur dan mood harian
Punca Tekanan atau Kegelisahan
Pakar Psikologi Psikiatri
Simptom Terbangun secara tiba-tiba selepas mimpi